Search This Blog

Wednesday, March 10, 2010

Komplot Ditinggal Kapten....

7 MAC 2010.... jam 00:15am... satu sms di hantar kepada sudin...
"salam.. sudah tido ke bro..?"
tet.. tet... mesej masuk.. tertera nama sudin... hem.. belum tido lg mamat nie...
"belum bro"
so satu komplot kecil telah kami set keesokan paginya setelah aku mendapat berita daripada kapten keruak.. berita yang aku terima berbunyi beginilah lebih kurang...
"salam.. dah tido ke bro..?"
"belum, knapa bro..?"
"esok ada plan mau pergi casting ka..?"
"esok aku pergi ke laut (bagang)"

setelah mendapat berita yg kapten ke laut.. maka aku dan sudin merancang utk mengeluarkan peluh dengan explore port landbase casting...
dengan berbekalkan stamina yang sesemput siput.. aku gagahkan diri...
huh.. lama x trekking n hiking, mmg semput.. sampai sekarang terasa lagi lenguh di kaki...


"nah sahur... sambut beg nie.." ni baru hiking 1 tingkat.. ada lg 2 tingkat batu..
nak jumpa batu nie je dah hampir 45 minit trekking n mendaki.. macam nak cari kelah (pelian) la bro...

cast punya cast... hampir 10 minit.. tiba2.. sreeettttt.... aku terima satu rembatan yg mampu mengeluarkan tali STREN 14lbs dari spool RYOBI ECUSIMA 2000vi walaupun sistem dragnya telah ku ketatkan hampir ke tahap maksimum.... dengan penuh hati2 aku melayan agar mangsa tidak menyusup ke batu... dan akhirnya...

memang kuat kudrat "PELIAN" nie... huhuhuhu..
"wah... kau yang kena aku yang parkinson nie bro..hahahaha" ... sabar kau din...



clouse up "PELIAN" bersama gewang yang digunakan...


cast lg... cast jgn x cast...
"din.. kul braper nak gerak?"
"dalam jam 10.30 kita balik lah"
tiba2... sreett... sekali lg aku mendapat hentaman...
hihihihi.. tewas lg sekor... membuatkan sudin bertambah panas...


baru sahaja nak sambung cast.. tiba2 sudin pulak menjerit.. yeeehaaaa...
lesen2... maka tewaslah "SEBARAU" nie... steadylah bro...
ini macam kalu.. kapten x ikut lg bagus.. hahahaahaaaa...


komplot kami berdua telah ditamatkan lebih kurang jam 10.15am..
bila pikirkan nak kena trekking semula.. huhuhuhuu..
tapi memang best...

inilah sahaja rezeki utk keluarga...
ADIOS....

No comments:

Post a Comment