Search This Blog

Monday, March 21, 2011

Lancang Kuning

satu trip casting bertemakan pakaian ofis dan melayu tradisional telah dirancang oleh aku dan pisang emasz...
bukan kerna hendak mencari penyakit, tetapi lebih kepada mencari sedikit kelainan dalam sesi casting... kalau kita boleh pergi casting dengan pakaian lain, kenapa tidak berbaju melayu..? hanya sekadar hiburan, tetapi persepsi orang kita akan berkat..
"cari penyakit diorang nie"...

apa2 pun.. layan....

BG yang tetap menjadi pujaan hati...


Black Grouper yang menyambar sewaktu awal pagi...


Micheal Jackson ini keluar menerpa Lure Tilsan dengan begitu garang..


Micheal Jackson menyambar sewaktu arus surut yang laju di lubuk yang x di sangka..
setiap kali hanya limpas ja.. tetapi rupanya ada penghuni berlindung sewaktu arus surut yang deras, memang sesuai dengan kemeja bertie... syabas my friend...


Berbaju Melayu, bersongkok... pakaian Melayu Tradisional... BG suka tu...


Micheal Jackson yang menyambar TDD HT7 sewaktu zip mahu ditutup.. mantop...


hasil keseluruhan yang boleh membuatkan orang rumah tersenyum....



yang penting layannnnnzzzz.......

Kembali Menjengah

lama sungguh aku x upload laporan didalam blog nie..
semua kerana upload di Fb je kerjanya.. hampir-hampir terlupa dengan password dan username sendiri.. apa pun sedikit gambar dari trip casting dalam beberapa bulan nie untuk tatapan kalau ada yg melihat...

kedamaian sambil casting yang sukar dicari di bandar2...


Black Grouper... buruan setiap kali turun sesi casting..


walaupun hanya baby barracuda... tapi kesudiannya meligan lure amat dihargai...


siapakah penghuninya...? pasti akan terjawab juga nanti...


cast saja di celah2 akar tu.. pasti bersambut jika ada BG...